[English]
Pendaftaran adalah PERCUMA!
Daftarlah sekarang
  ID Pengguna  
  Katalaluan  
 
Anda Perlukan Bantuan?
Jangkaan Melalui :
ATAU
Jangkaan Melalui :
1. alatan fertigasi
2. projek usahasama pente...
3. alatan tanaman cendawa...
4. bekalan lembu/kerbau d...
5. baja teknologi em
6. bekalan hasil pertania...
7. peluang perniagaan - b...
8. pelbagai jenis kerepek...
9. membeli pelbagai jenis...
10. pengedar bahulu diperl...
Nama Perniagaan :  
Tawaran :  
Negeri :
Katalog Produk :  
Carian Terperinci

Inisiatif AgriTIGer pastinya akan memberi impak yang besar kepada industri pertanian Malaysia kerana ia membolehkan petani, pengeluar, peruncit dan pengeksport untuk berinteraksi dan menguruskan perdagangan pengeluaran harian pertanian secara online.

MIMOS Berhad bersama Jabatan Pertanian telah bekerjasama untuk menjalankan program ini yang memfokuskan untuk merapatkan jurang digital, menambahkan produktiviti dan persaingan di sektor pertanian di Malaysia.

MIMOS telah membangunkan aplikasi yang kos efektif e-perdagangan iaitu Pengurusan Rangkaian Pengeluaran (SCM) dan juga sebuah portal bernama AgriBazaar.

AgriBazaar akan menjadi gerbang utama dan sebuah pusat perdagangan untuk komuniti pertanian dan semua yang terlibat dalam industri ini. Portal ini ini umpama satu platform kepada pembekal teknologi dan agensi kerajaan untuk mewujudkan revolusi e-ekonomi dalam industri pertanian.

Apa itu AgriBazaar?

Agribazaar.com.my telah diwujudkan bertujuan untuk mempromosikan perdagangan di antara pengeluar dan pembekal produk pertanian. Ia menyediakan infrastruktur perdagangan berasaskan Internet untuk pembeli dan penjual produk-produk pertanian secara online. Perkhidmatan yang disediakan ini pasti akan mendatangkan faedah kepada syarikat yang terlibat dalam industri pertanian dan yang berkaitan seperti maklumat capaian industri pertanian, meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kerjasama di antara MIMOS sebagai pakar dalam bidang Teknologi Komunikasi Maklumat dan Jabatan Pertanian dalam bidang Teknologi pertanian adalah satu usaha positif. Kerjasama ini diyakini akan membawa Agribazaar.com.my menjadi sebuah aset berharga kepada mereka yang terlibat dalam industri pertanian pertanian.

Bagaimana AgriBazaar.com.my boleh membantu saya?
  • Harga terbaik
  • Mengurangkan kos pengurusan pembelian dan jualan
  • Penjimatan masa dalam uruniaga jual beli produk pertanian
  • Boleh diakses dimana jua dan pada bila-bila masa
  • Informasi pasaran yang terbaru/mutakhir
  • Informasi teknologi pertanian yang terbaru/mutakhir
  • Maklumat terkini
  • Laporan terperinci dan tepat berkenaan transaksi perdagangan pertanian
Bagaimana AgriBazaar.com.my berfungsi?

Melalui inisiatif MIMOS, Agribazaar.com.my telah menghasilkan infrastuktur internet untuk pengeluar/penjual dan pembeli produk-produk pertanian agar mereka dapat melakukan transaksi dalam masa yang sama. Selepas mendaftar dalam laman tersebut, ahli akan diberikan pengesahan dan ini akan memastikan hanya ahli yang sah sahaja yang boleh mendapatkan akses ke dalam laman ini.

Ahli juga boleh mendapatkan akses kepada informasi dan personalisasi mengikut profil ahli. Sebagai ahli, pengguna boleh mendapatkan akses maklumat mengenai:

  • Pengumuman
  • Senarai produk yang ditawarkan
  • Direktori perniagaan dan carian
  • Berita
  • Ramalan cuaca
  • Analisis pasaran
  • Informasi yang berkenaan dengan teknologi maklumat dalam pertanian

Ahli berdaftar juga akan diberi infrastruktur internet perniagaan agar mereka dapat melakukan perdagangan secara online. Aktiviti yang dapat dilakukan sebagai seorang ahli adalah seperti berikut:

i) e-Buy/Sell
  • pemberitahuan penawaran terbaru dan maklum balas penawaran
  • perundingan dan permintaan untuk sebut harga
  • pemesanan online
ii) e-Logistic
  • penyediaan syarikat logistik untuk menjalankan perkhidmatan secara online
  • penyenaraian syarikat yang menyediakan perkhidmatan logistik
  • pengurusan penempahan secara online untuk logistik
iii) e-Stock
  • pengurusan inventori
  • mengemaskini informasi produk
  • mengemaskini informasi gudang
iv) e-Make
  • pengurusan produksi dan bahan asas
v) e-Plan
  • ramalan pasaran
vi) e-Payment
  • pengurusan bayaran
vii) e-Support
  • pengurusan informasi pelanggan
Siapa yang patut menggunakan AgriBazaar.com.my?

Peruncit, Pemborong, Pengumpul, Pengedar, Petani, IKS, Pengeksport, Pengimport, dan Pembekal Logistik adalah di antara pengguna AgriBazaar.com.my

Adakah Agribazaar.com.my berfungsi sebagai orang tengah?

Tidak. Agribazaar.com.my bukan berfungsi sebagai orang tengah. Portal ini adalah sebuah platform untuk pembeli dan penjual berkumpul dan melakukan transaksi perniagaan mereka. Ia menyediakan infrastuktur internet yang sesuai untuk membantu di dalam proses ini. Penjual dan pembeli akan di hubungkan tanpa melibatkan orang tengah.

Untuk Sebarang Pertanyaan, Hubungi:

MIMOS Berhad
Taman Teknologi Malaysia
57000 Kuala Lumpur

Tel: 603 - 8996 5000
Fax : 603 - 8657 9449

E-mel: agribazaar@mimos.my



© MIMOS Berhad. Perihal AgriBazaar | Terma dan Syarat | Bantuan | Hubungi Kami | Soalan Lazim